Tahukah anda khasiat Buah Delima? Atau orang putih kata Pomegranate? ðŸ¤
Buah cukup tinggi dengan kandungan antioksidan, selain nutrisi seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B9 dan kalium.
🟠Mengurangkan radikal bebas -
Delima kaya dengan antioksidan. Bijinya yang cerah turut mengandungi polifenol yang merupakan zat antioksidan yang mampu mengurangkan radikal bebas.
🟠Melambatkan simptom Alzheimer - Penyakit Alzheimer disebabkan oleh kerosakan sel otak secara perlahan sehingga pada satu tahap ia akan mati. Ia akan menyebabkan pesakit menjadi pelupa dan tidak mempunyai kemampuan sosial.
Kandungan antioksidan dalam jus delima diyakini dapat membantu memperlambatkan penyakit itu. Antioksidan dalam jus delima yang tinggi diyakini dapat meningkatkan daya ingatan.
🟠Menjaga sistem penghadaman - Delima dapat membantu mengurangkan masalah radang pada usus dan menjaga kesihatan sistem penghadaman. Bagi yang mengalami masalah penyakit berkaitan peradangan usus yang lain, maka delima sangat memberi manfaat.
Cuma, bagi yang mengalami masalah cirit-birit, sebaik-baiknya hindari buah atau jus delima sehingga keadaan sudah pulih.
🟠Baik untuk kesihatan jantung - Delima juga baik untuk kesihatan jantung anda. Ini kerana ia dapat meningkatkan aliran darah serta mencegah pembuluh arteri agar tidak menjadi kaku.
Tidak hanya itu, ia turut membantu menstabilkan tekanan darah.
🟠Meningkatkan prestasi seksual - Delima juga dapat membantu meningkatkan prestasi seksual dan kesuburan. Ia berikutan kandungan antioksidan, zat dalam mengendalikan radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksidatif.
Tekanan oksidatif ini memang dikaitkan dengan disfungsi sperma dan penurunan kesuburan pada wanita. Tak hanya itu, jus delima juga berfungsi untuk meningkatkan testosteron pada lelaki mahupun wanita.
Alhamdulillah, salah satu bahan di dalam Royale Coffee adalah ekstrak delima.
"Aroma Brew Kekal Bertenaga"
Follow my Telegram Channel t.me/FA_Virtual_Office
#kopisedap #RoyaleCoffee #kopimalaysia #coffeeforall #sunday #delima #supportlokal #bmf