Friday, December 16, 2011

Selamat Datang

Assalamualaikum & salam sejahtera


Blog ini diwujudkan bagi memudahkan anda semua merujuk seterusnya mendapatkan produk-produk yang saya jual.  Jika sebelum ini saya banyak focus pada penjualan secara offline tetapi disebabkan sambutan yang begitu menggalakkan terhadap produk-produk jualan saya dan juga sokongan dari teman-teman, mereka meminta supaya saya focus pada penjualan secara online kerana ianya menjimatkan tenaga & wang di kedua-dua belah pihak (saya & pelanggan). 

Kajian menunjukkan penjualan barang secara online juga mendapat sambutan yang begitu baik tetapi awas kerana penipuan tetap akan berlaku. Jadi, hati-hati sebelum membuat belian. Di zaman yang serba maju ini semua orang mahukan sesuatu yang mudah & pantas serta yang menjimatkan masa mereka. Masa yang ada boleh diperuntukkan bersama family & rakan-rakan. Syarikat-syarat gergasi juga kini sudah mula menjual barang secara online.

Saya berniaga di internet sudah hampir 10 tahun. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini masih lagi mendapat sambutan.  Pada saya, jika service yang diberikan itu bagus, kita tidak lokek ilmu, ikhlas, jujur, tidak tipu orang, insyaallah orang akan terus mencari kita.

Bukan mudah untuk memenuhi semua kehendak pelanggan. Ada orang berkat "customer always right" tetapi tidak bagi saya. "Customer has their right not always right" kerana ada juga customer yang cuba menjatuhkan kita.  Saya sudah terlibat dalam dunia perniagaan (kecil-kecilan sahaja) sudah melebihi 20 tahun. Jadi, saya amat memahami karenah customer dan tidak pernah berkecil hati jika saya sudah penat deal tetapi tiba-tiba customer tak jadi beli.  Saya sentiasa percaya rezeki di tangan Allah. 

Produk-produk yang di pesan akan dihantar melalui courier poslaju & KTM. Jika ada permintaan untuk meminta saya membuat secara pos biasa, tidak ada masalah pada saya. Pilihan di tangan anda. Untuk beberapa kawasan terpilih di sekitar Lembah Klang, saya boleh menghantarnya sendiri kepada anda jika ada kelapangan. Produk-produk yang dijual di blog saya ini adalah produk-produk yang halal, berkualiti, selamat digunakan dan harga berpatutan. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, usah ragu-ragu untuk berhubung dengan saya (Farah). In Sha Allah, saya akan cuba bantu anda.


Saya akan cuba untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat semua. Sudi kiranya berkongsi blog saya ini dengan teman-teman yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...